Ahad, 18 Oktober 2015
Rabu, 4 Februari 2015
MAULIDURRASUL 1436H

Nama Program :Sambutan Maulidurrasul
Tarikh: Februari 2015
Hari : Ahad

Sambutan dimulai dengan perarakan.

Mengumandangkan Bacaan Selawat


Turut disertai para ibu

Agak jauh....

Pukulan kompang menaikkan semangat

Persembahan oleh murid-murid tahun 5

Persembahan murid oleh murid Pra Sekolah

Pelancaran Bulan Dakwah oleh YDP PIBG

"Kempen Memberi Salam " & "Kempen Menutup Aurat"

Ceramah Maulidurrasul di sampaikan sendiri oleh Guru Besar
Ustaz Zamri bin Abd. Wahab
Ustaz Zamri bin Abd. Wahab

Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya menjawab
soalan kuiz spontan



Majlis ditutup dengan bacaan Selawat beramai-ramai.

Menikmati hidangan sebelum meneruskan pdp seperti biasa
Terima kasih kepada ibu bapa dan para penderma yang telah
menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini.
Isnin, 1 September 2014
QIAMULAIL UPSR
Program : Qiammulail UPSR
Tarikh : 14 – 15 Ogos 2014.
Hari :
Khamis – Jumaat.
Masa :
6.00 petang – 8.45 pagi.
Tempat :
Musolla Sri Danga
Kesemua
Murid Islam Tahun 6 seramai 20 orang
(8 Lelaki & 12 Perempuan) telah hadir dalam program ini.

PERJALANAN PROGRAM
Khamis
(14 Ogos 2014)
6.00
petang : Pendaftaran peserta.
6.20 : Taklimat Program & Zikir
Munajat.
6.50 : Makan Malam.
7.20 : Solat Fardu Maghrib
Berjemaah./ Zikir Munajat
Kuliyah Maghrib : “ Lima Cinta”
Cinta Kepada… Allah / Rasul & Ibu Bapa .
8.40 : Solat Fardu Isyak Berjemaah./
Zikir Munajat
Solat Hajat./ Zikir Munajat
9.15 : Taklimat Qiamulail.
9.35 : Minum Malam.
10.00 : “Muhasabah Diri ”
10.40 : “ Inilah Azamku”
11.30 : Persiapan Untuk Tidur.
12.00 : Tidur.
Jumaat
(15 Ogos 2014)
4.00
pagi : Bangun dan Persiapan
Qiamulail.
4.30 : Solat Sunat Tahajjud/ Zikir
Munajat
Solat Sunat Taubat/ Zikir Munajat
Solat Sunat Hajat/ Zikir Munajat
Solat Sunat Witir / Zikir Munajat.
5.50 Solat Fardu Subuh berjemaah/ Zikir Munajat
Kuliyah Subuh : ..… Cinta Kepada Ummah &
Kecemerlangan”.
7.30 : Sarapan.
7.50 : Berkemas.
8.15 : Solat Sunat Dhuha/ Zikir
Munajat.
8.30 : Bersurai.
Bersihkan akal dengan fikir.
Jernihkan hati dengan
zikir
Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir
adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir
melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan
sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah swt
hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir
mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah swt. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah swt menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang taqarrub kepada Allah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
Firman Allah s.w.t. melalui surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:
“Ketahuilah
bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang.”
LIMA CINTA
Cinta kepada Allah
Cinta
Rasul
Cinta
ibu bapa
Cinta
kepada ummah
Cinta
kepada kecemerlangan
**
Marilah kita semua
Cinta
5 perkara

Ketaatan kepada Allah, Rasul dan kedua ibu bapa merupakan satu amalan
yang wajib dilakukan oleh setiap individu Islam. Melalui
ketaatan seseorang
dapat membentuk sahsiah diri sendiri seterusnya melatih diri
agar menjadi
seorang yang cemerlang

MUHASABAH DIRI



Ibu….
Halalkanlah setiap titik air susumu
yang telah membesarkanku selama ini….

Ayah….
Halalkanlah
setiap keringat peluh dari tubuhmu untuk membesarkanku selama ini
Halalkanlah setiap air matamu ibu…, halalkanlah setiap air matamu ayah… di atas kedegilanku, kenakalanku, dan kelalaianku selama ini.
Jika sedih tidak mengubah kita, nantikanlah sedih yang lebih pedih.
Sistem kepercayaan diri
Saya percaya
bahawa ………………
Saya sentiasa diberi pedoman oleh Allah s.w.t.
Saya adalah seorang murid yang istimewa.
Saya adalah seorang murid yang berkeyakinan tinggi.
Saya adalah seorang murid yang Berjaya.
Saya menyayangi diri saya, kelujarga dan guru.
6 Saya menyedariakan kekuatan dan kelemahan saya.
Saya boleh menyiapkan semua tugasan dengan sempurna.
8 Saya gemar membaca dan menambah ilmu pengetahuan.
Saya bersemangat
tinggi dan berazam lulus cemerlang.
Saya akan mengakhiri setiap hari dengan penuh
keriangan dan harapan
” BAHAWASANYA KAMI, MURID
TAHUN 6 BERIKRAR, PATUH KEPADA ALLAH, TAAT KEPADA IBUBAPA, HORMAT KEPADA
GURU-GURU. KAMI JUGA BERJANJI, MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH, BAIK TINGKAHLAKU DAN
BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENCAPAI 5A, MENJULANG NAMA BAIK SEKOLAH SERTA MENCATAT
SEJARAH ” TAHUN TERBAIK DANGA ” DALAM UPSR 2014 INSYA ALLAH “
MUNAJAT
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
Ya Allah…..Di malam yang kudus ini, kami datang kepadaMu
Ya Allah….Kami sujud kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah…. Kami bermohon kepadaMu ya Allag dan hanya Engkaulah tuahan
kami ya Allah dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah RasulMu Ya
Allah.
Ya Allah…. Dengan rasa penuh hina dan penuh kehambaan kami menadah
tangan kepadaMu ya Allah….
….Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah…..Kau ampunilah dosa kedua-dua ibu
bapa kami. Sesungguhnya kami sentiasa engkar akan segala perintah mereka ya
allah…..ampunilah mereka ya Allah.
Ya Allah ampunilah dosa saudara-saudara kami, guru-guru kami,
jiran-jiran kami, masyarakat kami dan Kau ampunkan juga orang-orang Islam sama
ada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah ya tuhan kami….Pandangilah kami dengan rahmatmu, pandangilah
kami dengan Maghfirahu. Ampunilah segala dosa-doasa kami. Janganlah Engkau
tinggalkan kami di dalam keadaan berhajat kepadaMu melainkan Engkau tunaikan
segala hajat kami.
Ya Allah ya Tuhan kami…. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang berdosa. Janganlah
Engkau tinggalkan kami di dalam berdosa melainkan Engkau ampuni dosa-dosa kami.
Ya Allah ya Tuhan Kami…. Sesungguhnya kami hamba-hambaMu yang hina ….janganlah
Engkau hinakan kami di dunia ini dan di akhirat nanti. Ya Allah ya Tuhan kami,
muliakanlah kami di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami….sesungguhnya kami ini hambaMu yang jahil.
Janganlah Engkau tinggalkan kami di dalam kejahilan melainkan Engkau
permudahkan segala urusan kami selagi ia
tidak bertentangan dengan syariat agamaMu ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami…..sesungguhnya kami hambaMu yang sentiasa
menderhakai segala perintahMu….kami tak layak ke syurgaMu tapi kami takmampu
menahan siksaan api nerakaMu Y a Allah….oleh itu ya Tuhan kami terimalah taubat
kami ini ya Allah….terimalah taubat kami ini….terimalah taubat kami ini ya
Allah.
Ya Allah…. Kami mengadu padaMu ya Allah. Kami
ini lemah ya Allah….akal kami terbatas.kami lemah ya Allah.Kau bantulah kami
dalam urusan kami ya Allah. Bantulah kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR
yang akan kami tempuhi nanti ya Allah.Ingatkanlah apa yang kami lupa ya Allah.Dan
ajarkanlah apa yang kami jahil.Bantulah kami mendapat keputusan yang cemerlang
di dalalm UPSR nanti ya Allah.Cemerlangkanlah kami ya Allah(3x)….........
Kurniakanlah kami mendapat :
A di dalam matapelajaran Sains.
A di dalam matapelajaran Matematik
A di dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris
A di dalam Pemahaman
A di dalam Penulisan.
Amin.
Khamis, 21 Ogos 2014
SYAWAL DIRAI
SAMBUTAN HARI RAYA
Tarikh : 14 Ogos 2014
Hari
: Khamis
Masa
: 7.30 pagi – 10.30 pagi

7.20 - Berkumpul di dataran
- Mengambil Kedatangan
- Bacaan Yaasin
- Ucapan Hari Raya oleh
Guru Besar
- Ucapan Hari Raya oleh YDP
PIBG
- Persiapan kelas
- Ziarah kelas ke kelas
& Marhaban :
# Tahun 6
# Pra Sekolah
# Tahun 5
# Tahun 4
# Tahun 3
# Tahun 2
# Tahun 1
- Jamuan Hari Raya
- Persembahan Kelas
- Doa penutup
- Bersalam-salaman
10.30 - Bersurai

Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar
Hj. Mohd Noh bin Hj. Sahan.

Majlis diadakan di surau bagi merasmikan surau yang baru siap dibina di dalam bulan puasa yang lalu


Aktiviti Marhaban kelas ke kelas


Manikmati sedikit Jamuan selepas aktiviti marhaban kelas ke
kelas



Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Daripada warga sekolah SKSD
Selasa, 19 Ogos 2014
RAMADAN YANG DIRINDUI
Ramadan yang lalu terlalu indah untuk dikenang.Kehadirannya dinantikan
manakala pemergiannya amat dirindui.Mana tak rindunya kerana dalam bulan
ramadanlah satu-satunya bulan yang ada dalamnya puasa , rasa lapar disiang
hari,Lailatul Qadr dan pelbagai lagi ibadah yang lain. Begitu juga aktiviti
panitian Pendidikann Islam SKSD tahun ini cukup sibuk menguruskan pengisian
dalam bulan Ramadan lalu antaranya :
Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan

Disempurnakan oleh Guru
Besar SKSD, Hj. Mohd Noh Hj. Sahan

Program Tadarus Al-Quran

Dijalankan setiap
hari dalam waktu rehat



Majlis Penyerahan Baucar Perbelanjaan Raya oleh
Iskandar Investment Berhad kepada pelajar-pelajar
miskin. Terima kasih Iskandar.

Majlis Khatam
Al-Quran
TARIKH : 23 JULAI 2014
HARI : RABU
MASA : 9.00 PAGI – 10.30 PAGI
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH.

TENTATIF PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN
9.00 Semua Murid Berkumpul
di Kantin.
9.15 Perarakan Murid Khatam
Diiringi Kumpulan Kompang.
9.25 Majlis diMulakan.
9.30 Bacaan Doa.
9.35 Acara Khatam Al-Quran
10.05 Doa Khatam Al-Quran.
10.15 Penyampaian Hadiah &Cenderahati
:
- Murid
Khatam
- Pemenang Tulisan khat Tahap 1
- Pemenang Tulisan Jawi Tahap 1
- Pemenang Hafazan Surah Pilihan Tahap 1
10.25 Pemberian Bunga Rampai
& Bersalaman.
10.35 Bersurai.
Penyampaian Hadiah
Aktiviti Ihya Ramadan


Al-hamdulillah
Rezeki melimpah. Majlis Penyerahan Duit
Raya dairpada Bank Rakyat Cawangan
Nusajaya .


Terima kasih Bank Rakyat
Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk




Iftar Jamaei & Solat Hajat Hajat
Perdana UPSR 2014
TENTATIF PROGRAM
6.00 Petang - Pendataran Kehadiran
6.30 - Ceramah Motivasi Pelajar
7.19 - Berbuka Puasa (Kurma + Air)
7.25 - Solat Fardu Maghrib Berjemaah
7.40 - Jamuan Berbuka Puasa.
8.15 - Sambungan Ceramah Motivasi
8.45 - Solat Fardu Isyak Berjemaah
9.00 - Solat Terawih
9.30 - Solat Hajat & Munajat UPSR
9.45 - Moreh
10.00 - Bersurai

Ceramah Motivasi Pelajar

Iftar
Jamaei



Solat
Sunat Terawih & Solat Hajat Perdana UPSR

Majlis
Penyerahan Duit Raya Dari Guru-Guru & Staf


Selamat
Hari Raya cikgu !
Terima
Kasih cikgu !
Langgan:
Catatan (Atom)