Panitia Pendidikan Islam mengucapkan Selamat Bercuti Akhir Tahun kepada semua murid SKSD

Ibu Bapa di harap mengambil peluang
cuti sekolah ini mengajar/menghantar anak-anak belajar al-Quran.
Tips Mengajar Anak
al-Quran
1-Disiplinkan anak mengaji sekerap mungkin. Contohnya 5 hari seminggu antara waktu maghrib dan Isyak.
2-Jangan Cepat Marah. Kalau perasaan marah datang, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika kita selalu marah-marah, kanak-kanak tidak akan suka mengaji.
3-Disiplinkan diri kita sendiri mengaji setiap hari sebagai contoh..Jangan ingat anak kita tidak perhatikan kita.
4-Bacakan surah yang ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur.
5-Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak kita.
(Dipetik dari kolum Fiqah Didik dalam Majalah al-Ustaz isu 5)

Pastikan anak-anak
solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita
biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak
bersalah jika meninggalkan solat.
Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat
sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti
mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat
kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa
bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang
menjaga solat
Ceritakan
juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas
untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak
bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar,
jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit
perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan
solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti
rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.

"Sembahyang itu ketenangan.
Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan"