Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.
Untuk itu,Sambutan Maulidurrasul Peringkat SK Sungai Danga telahpun dilaksanakan pada:
Tarikh : 15 Februari 2014
Hari : Sabtu .
Masa : 9.00 pagi -10.45 pagi
Tempat : Kantin Sekolah.
ATUR CARA :
9.00 pagi : Majlis dimulakan.
9.05 pagi : Bacaan Doa.
9.10 pagi : Ceramah Maulidurrasul.
10.10 pagi : Selawat beramai-ramai.
10.20 pagi : Jamuan.
Penceramah : Ustaz Hairul Anuarr bin Abdullah
Guru j-QAF SK Kampung Pasir,Johor Bahru.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda.
Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi
akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Mohd Hafiz dari tahun enam

Bismillahi Rahmanir Rahim
Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan
kerahmatan ke atas kehidupan umat Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk memberi
rahmat sekalian alam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Setinggi-tinggi kesyukuran kami kehadrat Mu kerana dengan nikmat dan rahmatMu dapat kami menyambut MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SUNGAI DANGA dalam suasana ceria dan penuh kemesraan. Kami pohon keberkatan dan maghfirah dariMu Ya Allah ke atas majlis ini.
Ya Allah Sesungguhnya kelahiran dan perutusan junjungan besar NabiMu adalah merupakan peristiwa agung yang akan kami hayati. Perjalanan hayat dan perjuanganya adalah qudwah setiap mukmin dalam menegak hak dan meruntuh kebatilan, panduan dalam menyemarak obor perpaduan serta kejayaan menyatukan yang bertelingkah.
Restuilah prinsip hidup kami atas asas keimanan yang kukuh dan ketakwaan agar kami terhindar daripada penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
Wahai Tuhan kami yang sentiasa mempunyai sifat belas ihsan.
Jadikanlah kami insan yang mengenal erti kesyukuran, berterima kasih di atas nikmat dan pemberianMu. Kami sedar Ya Allah, nikmat yang kami kecapi pada hari ini, tidak semua dirasai oleh semua hambaMu di dunia ini.
Peliharakan lah kami, negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun dalam. Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara mengikut keredhanMu .
Ya Allah,

Anugerahkan kami kekuatan ilmu,ilham dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan, meniti perubahan zaman, bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar aman makmur dengan kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
Ya Allah,
Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab,ketenangan hati dan ketinggian iman. Hiasilah kami dengan sifat mahmudah, perbetulkanlah iktikod dalam amalan, tekun mengerjakan suruhan, taat menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas menyempurnakan amalan dan berkasih sayang sesama insan.
Ya Allah
Jadikanlah kami golongan yang mengikuti Nabi Muhammad sama ada pada permulaannya,
penghabisannya, zahirnya , batinnya, perkataannya, perbuatannya,ibadatnya dan amalansolehnya.
Dan akhir sekali kami memohon kepadaMu Ya Allah
Iman yang tidak terlepas, nikmat yang tidak akan habis dan bersama
Nabi-Mu Muhammad s.a.w di syurga yang paling tinggi selama-lamanya.

“Aku tidak takut doaku ditolak, tapi aku lebih takutkan jika…
Ceramah Maulidurrasul ....

Cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah s.a.w. Cinta Allah itu tujuan, cinta kepada Rasulullah pula jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan.

Bagi bersama Nabi s.a.w. di syurga, Cinta kepada Baginda menjadi prasyarat yang paling utama.
Apabila kita benar-benar
mencintai Nabi, kita akan mengikut sunnah atau Perjalanan hidup
Baginda, malah akan
memperjuangkannya.
Jamuan ...

Penghargaan
:
Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada :
-Ibubapa
-Guru-Guru
-Kaki tangan Sekolah
-Murid-Murid
Dan
semua yang telah memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit,tenaga dan
buah fikiran dalam menjayakan majlis ini.
Percayalah,
memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada…..
Namun….
Usah bersedih sekiranya pemberian anda tidak dihargai. Sebab
yang anda cari adalah pahala dari Allah.