Bacaan Yaasin pada Jumaat 19/4/2013 telah dipimpin oleh
Mohd Shahrulnizam manakala doa dibacakan oleh Raja
Muhammad Syafiq.
Bacaan Selawat dipimpin oleh Ammar Zaki
Pn. Hajah Nor Hayati pula mengingatkan kepada semua murid supaya menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran sekolah.
Mohd Shahrulnizam manakala doa dibacakan oleh Raja
Muhammad Syafiq.
Bacaan Selawat dipimpin oleh Ammar Zaki
Pn. Hajah Nor Hayati pula mengingatkan kepada semua murid supaya menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran sekolah.
Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana
yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan
menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai
orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana
sihat adalah suatu nikmat Allah SWT yang
amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah ayat 222:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat,
dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.
Oleh yang demikian untuk menjaga
kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka
menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan
persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi
itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari,
satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya
lagi dengan maksud : 'Lima perkara yang
menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting
misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.
(Riwayat at- Tabarani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan