Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
GANJARAN BERIBADAT DALAM BULAN RAMADAN
ü # Awal Ramadan (10 hari
pertama) memperolehi rahmat dari Allah.
ü # Pertengahan Ramadan (11 –
20) memperolehi keampunan dari Allah.
ü # Akhir Ramadan ( 21 – 30 )
memperolehi pelepasan dari azab api
neraka.
ü # Ibadat fardu diganjari 70
kali ganda, ibadat sunat dikurniakan seperti ibadat fardu.
ü # Orang yang berpuasa akan
diberikan balasan syurga melalui pintu ar-Rayyan.
ü # Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu
semasa berbuka dan semasa bertemu dengan Allah di akhirat.
PENGERTIAN
PUASA
puasa ialah
menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat pada
malamnya.
Dalil Wajib puasa
“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
(
al-Baqarah : 183 )
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
NIAT PUASA RAMADAN
“Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan
tahun ini Allah Taala.
RUKUN PUASA
·
Niat mengerjakan puasa
·
Menahan diri daripada makan
dan minum serta perkara yang membatalkan puasa darripada naik fajar sidik
hingga jatuh matahari.
SYARAT WAJIB PUASA
·
Islam
·
Berakal
·
Suci daripada haidh dan
nifas
·
Tidak bermusafir
·
Mampu berpuasa.
SYARAT SAH PUASA
·
Islam
·
Suci daripada haidh dan
nifas.
·
Berakal
PERKARA SUNAT DALAM PUASA
·
Melewat-lewatkan waktu
sahur sebelum habis waktu imsyak.
·
Tidak bercakap perkara yang
tidak berfaedah.
·
Menyegerakan berbuka puasa
( bila masuk waktu ).
·
Berbuka dengan buah kurma.
·
Mengerjakan solat Terawih.
PERKARA YANG MMEMBATALKAN PUASA
·
Muntah dengan sengaja.
·
Bersalin.
·
Hilang akal/ mabuk/pengsan.
·
Murtad.
·
Keluar Haidh atau nifas.
·
Keluar mani dengan sengaja.
·
Memasukkan sesuatu ke dalam
rongga badan.
·
Makan atau minum dengan
sengaja,
·
Bersetubuh pada siang hari.
·
Berbuka sebelum waktunya.
GOLONGAN YANG DIHARUSKAN BERBUKA
·
Sakit yang memudaratkan.
·
Sakit yang tiada harapan
sembuh.
·
Orang tua yang uzur.
·
Perempuan yang mengandung..
·
Musafir.
·
Perempuan yang menyusukan
anak.
GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA
·
Musafir
·
Sakit yang memudaratkan.
·
Perempuan haidh, nifas dan
bersalin.
·
Perempuan mengandung atau
menyusukan anak bimbang akan kesihatan dirinya.
GOLONGAN WAJIB QADA & FIDYAH
·
Perempuan mengandung,
bimbang kesihatan diri dan anaknya.
·
Perempuan menyusukan anak
bimbang kesihatan diri dan anaknya.
·
Lewat qada puasa sehingga
tiba Ramadan berikutnya.
GOLONGAN WAJIB FIDYAH
·
Sakit tiada harapan sembuh.
·
Bekerja berat.
·
Orang tua yang uzur.
GOLONGAN WAJIB QADA & KIFARAH
·
Lelaki yang bersetubuh pada
siang hari Ramadan.
###############################################
Puasa itu umpama brek pada kenderaan diri kita.Tidak ada gunanya kereta yang cantik dan besar jika breknya tidak berfungsi.
Begitulah diri yang cantik, cerdik dan gagah, tidak ada gunanya jika tidak mampu mengawal nafsu!
Dengan brek kita boleh mengawal dan memberhentikan kenderaan...
Dengan puasa kita boleh mengawal dan mengurus nafsu... punca kejahatan dalam diri.
Wahai diri...berpuasalah kerana Allah!
Begitulah diri yang cantik, cerdik dan gagah, tidak ada gunanya jika tidak mampu mengawal nafsu!
Dengan brek kita boleh mengawal dan memberhentikan kenderaan...
Dengan puasa kita boleh mengawal dan mengurus nafsu... punca kejahatan dalam diri.
Wahai diri...berpuasalah kerana Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan