Rabu, 4 Februari 2015

MAULIDURRASUL 1436H


Nama Program :Sambutan Maulidurrasul
 Tarikh: Februari 2015 
Hari : Ahad


Sambutan dimulai dengan perarakan.


Mengumandangkan Bacaan Selawat

Turut disertai para ibu

Agak jauh....


Pukulan kompang  menaikkan semangat

Persembahan oleh murid-murid tahun 5


Persembahan murid oleh murid Pra Sekolah


Pelancaran Bulan Dakwah oleh YDP PIBG

"Kempen Memberi Salam " & "Kempen Menutup Aurat"

Ceramah Maulidurrasul di sampaikan sendiri oleh Guru Besar
Ustaz Zamri bin Abd. Wahab


Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya menjawab
soalan kuiz spontan







Majlis ditutup dengan bacaan Selawat beramai-ramai.


Menikmati hidangan sebelum meneruskan pdp seperti biasa

Terima kasih kepada ibu bapa dan para penderma yang telah
menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini.



Isnin, 1 September 2014

QIAMULAIL UPSR

Program : Qiammulail UPSR
Tarikh     : 14 – 15 Ogos 2014.
Hari        : Khamis – Jumaat.
Masa      : 6.00 petang – 8.45 pagi.
Tempat   : Musolla Sri Danga


Kesemua Murid Islam Tahun 6 seramai 20 orang
(8 Lelaki & 12 Perempuan) telah hadir dalam program            ini.



PERJALANAN PROGRAM
            Khamis (14 Ogos 2014)
            6.00 petang     : Pendaftaran peserta.
            6.20                 : Taklimat Program & Zikir Munajat.
            6.50                 : Makan Malam.
            7.20                 : Solat Fardu Maghrib Berjemaah./ Zikir Munajat
                                      Kuliyah Maghrib : “ Lima Cinta”
  Cinta Kepada… Allah / Rasul & Ibu Bapa .
            8.40                 : Solat Fardu Isyak Berjemaah./ Zikir Munajat
                                      Solat Hajat./ Zikir Munajat
            9.15                 : Taklimat Qiamulail.
            9.35                 : Minum Malam.
            10.00               : “Muhasabah Diri ”
            10.40               : “ Inilah Azamku”
            11.30               : Persiapan Untuk Tidur.
            12.00               : Tidur.

            Jumaat (15 Ogos 2014)
            4.00 pagi         : Bangun dan Persiapan Qiamulail.
            4.30                  : Solat Sunat Tahajjud/ Zikir Munajat
                                        Solat Sunat Taubat/ Zikir Munajat
                                        Solat Sunat Hajat/ Zikir Munajat
                                        Solat Sunat Witir / Zikir Munajat.
            5.50                    Solat Fardu Subuh berjemaah/ Zikir Munajat
                                       Kuliyah Subuh : ..… Cinta Kepada Ummah &
                                       Kecemerlangan”.
            7.30                 : Sarapan.
            7.50                 : Berkemas.
            8.15                 : Solat Sunat Dhuha/ Zikir Munajat.
            8.30                 : Bersurai.



ZIKIR MUNAJAT
Bersihkan akal dengan fikir.
Jernihkan hati dengan zikir


Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir

- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah swt hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.

- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.

- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah swt. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah swt menjadi Pelindung dan Pembantunya.

- Zikir membawa seseorang  taqarrub kepada Allah.

- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.

- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.

- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.

-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.

Firman Allah s.w.t.  melalui surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:


“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang.”

LIMA CINTA
Cinta kepada Allah
                           Cinta Rasul
                           Cinta ibu bapa
                           Cinta kepada ummah
                           Cinta kepada kecemerlangan
                           **
Marilah kita semua
                           Cinta 5 perkara


Ketaatan kepada Allah, Rasul dan kedua ibu bapa merupakan satu amalan
yang wajib dilakukan oleh setiap individu Islam. Melalui ketaatan seseorang 
dapat membentuk sahsiah diri sendiri seterusnya melatih diri agar menjadi
 seorang yang cemerlang



MUHASABAH DIRI






Ibu….

            Halalkanlah setiap titik air susumu yang telah membesarkanku selama ini….



Ayah….
            Halalkanlah setiap keringat peluh dari tubuhmu untuk membesarkanku selama ini



Halalkanlah setiap air matamu ibu…, halalkanlah setiap air matamu ayah… di atas kedegilanku, kenakalanku, dan kelalaianku selama ini. 

Jika sedih tidak mengubah kita, nantikanlah sedih yang lebih pedih.

IKRAR
Sistem kepercayaan diri
Saya percaya bahawa ………………
       Saya sentiasa diberi pedoman oleh Allah s.w.t.
      Saya adalah seorang murid yang istimewa.
      Saya adalah seorang murid yang berkeyakinan tinggi.
      Saya adalah seorang murid yang Berjaya.
      Saya menyayangi diri saya, kelujarga dan guru.
6    Saya menyedariakan kekuatan dan kelemahan saya.
      Saya boleh menyiapkan semua tugasan dengan sempurna.
8   Saya gemar membaca dan menambah ilmu pengetahuan.
     Saya bersemangat  tinggi dan berazam lulus cemerlang.
  Saya akan mengakhiri setiap hari dengan penuh keriangan dan harapan



” BAHAWASANYA KAMI, MURID TAHUN 6 BERIKRAR, PATUH KEPADA ALLAH, TAAT KEPADA IBUBAPA, HORMAT KEPADA GURU-GURU. KAMI JUGA BERJANJI, MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH, BAIK TINGKAHLAKU DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENCAPAI 5A, MENJULANG NAMA BAIK SEKOLAH SERTA MENCATAT SEJARAH ” TAHUN TERBAIK DANGA ” DALAM UPSR 2014 INSYA ALLAH “


MUNAJAT

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
Ya Allah…..Di malam yang kudus ini, kami datang kepadaMu
Ya Allah….Kami sujud kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah…. Kami bermohon kepadaMu ya Allag dan hanya Engkaulah tuahan kami ya Allah dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah RasulMu Ya Allah.
Ya Allah…. Dengan rasa penuh hina dan penuh kehambaan kami menadah tangan kepadaMu ya Allah….
….Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah…..Kau ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami. Sesungguhnya kami sentiasa engkar akan segala perintah mereka ya allah…..ampunilah mereka ya Allah.
Ya Allah ampunilah dosa saudara-saudara kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami, masyarakat kami dan Kau ampunkan juga orang-orang Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah ya tuhan kami….Pandangilah kami dengan rahmatmu, pandangilah kami dengan Maghfirahu. Ampunilah segala dosa-doasa kami. Janganlah Engkau tinggalkan kami di dalam keadaan berhajat kepadaMu melainkan Engkau tunaikan segala hajat kami.
Ya Allah ya Tuhan kami…. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang berdosa. Janganlah Engkau tinggalkan kami di dalam berdosa melainkan Engkau ampuni dosa-dosa kami.
Ya Allah ya Tuhan Kami…. Sesungguhnya kami hamba-hambaMu yang hina ….janganlah Engkau hinakan kami di dunia ini dan di akhirat nanti. Ya Allah ya Tuhan kami, muliakanlah kami di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami….sesungguhnya kami ini hambaMu yang jahil. Janganlah Engkau tinggalkan kami di dalam kejahilan melainkan Engkau permudahkan  segala urusan kami selagi ia tidak bertentangan dengan syariat agamaMu ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami…..sesungguhnya kami hambaMu yang sentiasa menderhakai segala perintahMu….kami tak layak ke syurgaMu tapi kami takmampu menahan siksaan api nerakaMu Y a Allah….oleh itu ya Tuhan kami terimalah taubat kami ini ya Allah….terimalah taubat kami ini….terimalah taubat kami ini ya Allah.
Ya Allah…. Kami mengadu padaMu ya Allah. Kami ini lemah ya Allah….akal kami terbatas.kami lemah ya Allah.Kau bantulah kami dalam urusan kami ya Allah. Bantulah kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kami tempuhi nanti ya Allah.Ingatkanlah apa yang kami lupa ya Allah.Dan ajarkanlah apa yang kami jahil.Bantulah kami mendapat keputusan yang cemerlang di dalalm UPSR nanti ya Allah.Cemerlangkanlah kami ya Allah(3x)….........
Kurniakanlah kami mendapat :
            A di dalam matapelajaran Sains.
            A di dalam matapelajaran Matematik
            A di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
            A di dalam Pemahaman

            A di dalam Penulisan.

Amin.


Khamis, 21 Ogos 2014

SYAWAL DIRAI



SAMBUTAN HARI RAYA

      Tarikh : 14 Ogos 2014
      Hari     : Khamis
      Masa   : 7.30 pagi – 10.30 pagi


7.20                 - Berkumpul di dataran
                        - Mengambil Kedatangan
                        - Bacaan Yaasin
                        - Ucapan Hari Raya oleh Guru Besar
                        - Ucapan Hari Raya oleh YDP PIBG
- Persiapan kelas
                        - Ziarah kelas ke kelas & Marhaban :
                                     # Tahun 6
                                     # Pra Sekolah
                                     # Tahun 5
                                     # Tahun 4
                                     # Tahun 3
                                     # Tahun 2
                                     # Tahun 1
                        - Jamuan Hari Raya
                        - Persembahan Kelas
            - Doa penutup
                        - Bersalam-salaman
10.30               - Bersurai




Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

Hj. Mohd Noh bin Hj. Sahan.



Majlis diadakan di  surau bagi merasmikan surau yang baru siap dibina di dalam bulan puasa yang lalu





Aktiviti Marhaban kelas ke kelas



Manikmati sedikit Jamuan selepas aktiviti marhaban kelas ke kelas






Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Daripada warga sekolah SKSD


Selasa, 19 Ogos 2014

RAMADAN YANG DIRINDUI


Ramadan yang lalu terlalu indah untuk dikenang.Kehadirannya dinantikan manakala pemergiannya amat dirindui.Mana tak rindunya kerana dalam bulan ramadanlah satu-satunya bulan yang ada dalamnya puasa , rasa lapar disiang hari,Lailatul Qadr dan pelbagai lagi ibadah yang lain. Begitu juga aktiviti panitian Pendidikann Islam SKSD tahun ini cukup sibuk menguruskan pengisian dalam bulan Ramadan lalu antaranya :

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan


Disempurnakan oleh Guru Besar SKSD, Hj. Mohd Noh Hj. Sahan



Program Tadarus Al-Quran

Dijalankan setiap hari  dalam  waktu rehat









Majlis Penyerahan Baucar Perbelanjaan Raya oleh Iskandar Investment Berhad kepada pelajar-pelajar miskin. Terima kasih Iskandar.



Majlis Khatam Al-Quran

TARIKH                 : 23 JULAI 2014
HARI                      : RABU
MASA                   : 9.00 PAGI – 10.30 PAGI
TEMPAT               : KANTIN SEKOLAH.

TENTATIF PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN
9.00        Semua Murid Berkumpul di Kantin.
9.15        Perarakan Murid Khatam Diiringi Kumpulan Kompang.
9.25        Majlis diMulakan.
9.30        Bacaan Doa.
9.35        Acara Khatam Al-Quran
10.05     Doa Khatam Al-Quran.
10.15     Penyampaian Hadiah &Cenderahati :
 - Murid Khatam
- Pemenang Tulisan khat Tahap 1
- Pemenang Tulisan Jawi Tahap 1
- Pemenang Hafazan Surah Pilihan Tahap 1
10.25     Pemberian Bunga Rampai & Bersalaman.
10.35     Bersurai.



Penyampaian Hadiah Aktiviti Ihya Ramadan





Al-hamdulillah Rezeki melimpah. Majlis Penyerahan Duit Raya dairpada  Bank Rakyat Cawangan Nusajaya 



Terima kasih Bank Rakyat


Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk








Iftar Jamaei & Solat Hajat Hajat Perdana UPSR 2014

TENTATIF PROGRAM
6.00 Petang  - Pendataran Kehadiran
6.30                - Ceramah Motivasi Pelajar
7.19                - Berbuka Puasa (Kurma + Air)
7.25                - Solat Fardu Maghrib Berjemaah
7.40                - Jamuan Berbuka Puasa.
8.15                - Sambungan Ceramah Motivasi
8.45              -  Solat Fardu Isyak Berjemaah
9.00                - Solat Terawih
9.30                - Solat Hajat & Munajat UPSR
9.45                - Moreh

10.00              - Bersurai

Ceramah Motivasi Pelajar


Iftar Jamaei






Solat Sunat Terawih & Solat Hajat Perdana UPSR



Majlis Penyerahan Duit Raya Dari Guru-Guru & Staf



Selamat Hari Raya cikgu !

Terima Kasih cikgu !