Rabu, 28 Ogos 2013

SAMBUTAN AIDILFITRI


Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 peringkat sekolah telah diadakan pada  hari Sabtu 24 Ogos 2013 dengan  meriahnya bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi . Semua warga SKSD menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari raya pada tahun ini. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi di tahun hadapan.

MARHABAN KELAS KE KELAS

Marhaban di Tahun 5

Marhaban di Tahun 6

Marhaban di Tahun 1

Marhaban di Tahun 2


Marhaban di Tahun 4

Marhaban di Tahun 3

PERTANDINGAN LAGU RAYA & PATRIOTIK
ANTARA KELAS

Sebelum pertandingan dimulakan......
Rasa dulu kuih raya ni....

 Jadilah tangan yang di atas dengan mencari, memiliki, dan memberi harta. Milikilah hati yang cerdik dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia !

semua ok....pertandingan boleh dimulakan sekarang...

  Senyum dan salam adalah budaya hidup dalam syurga. Penghuni syurga sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam sesama  mereka. Jika kita ingin memasuki syurga di akhirat nanti, marilah amalkan cara hidup ahli syurga di dunian ini, Senyum dan sebarkan salam !

Persembahan oleh Tahun 3

 Tahun 6 dengan persembahan mereka

JAMUAN RAYA...




  Batu dengan batu disatukan dengan simen. Kayu dengan kayu disatukan dengan paku. Hati dengan hati disatukan dengan iman. Hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah swt.


 Sambil makan dihiburkan dengan irama kompang
  Antara juadah untuk para guru

Al-Hamdulillah....rezeki kurniaan Allah.

Ucapan al-hamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat, sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri. Apabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit, Allah menjanjikan datangnya nikmat yang lebih banyak. Lalu.....al-hamdulillah, kita akan mencambahkan lebih banyak Alhamdulillah !

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin






Selasa, 6 Ogos 2013

RAMADAN USAH PERGI


Ku menantimu                                
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi 
[2X]

Ku mohon usah pergi
( P/S :Sila klik video ini dan sudikan mendengar lagu ini sambil melihat aktiviti yang telah pihak sekolah jalankan sepanjang bulan Ramadan 2013ini...)




Majlis pelancaran Ihya Ramadan telah dirasmikan oleh Hj. Mohd Noh bin Sahan , Guru Besar SK. Sungai Danga sendiri pada hari Jumaat 12 Ogos 2013 yang lalu.
Apabila tiba sahaja Ramadan, kebiasaannya kata-kata atau ucapan seperti “aku mahu Ramadan kali ini lebih baik” dan “moga Ramadan kali ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadan sebelumnya” yang kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap “moga Ramadan pada tahun ini lebih buruk”.
Kerana apa? Kerana Ramadan salah satu platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik.


Cinta Ramadan itu terlalu mendalam.. Pada Mu Ramadan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan..

Antara pengisian Ihya Ramadan pada tahun ini : -

TADARUS AL-QURAN

Sebaik-baik orang adalah mereka yang membaca dan mengajar Al-Quran.

Memang benar mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi. Tapi mulut yang macam mana? Mulut yang berzikir, membaca Al-Quran

Dijalankann pada setiap hari sewaktu rehat.Murid dibahagikan kepada lapan kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh dua orang guru.


Dari Abdullah bin Amar bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:”Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku! Aku melarangnya daripada makan dan memuaskan syahwat di kala siang hari. Oleh itu, berilah syafaat kepadaku untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Al-Quran pula berkata: “Aku melarang dirinya daripada tidur di kala malam hari. Oleh itu, aku memohon syafaat kepada-Mu untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Maka kedua-duanya memperoleh syafaat dari Allah”.(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih dalam Musnad Ahmad.)



Daripada Uthman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."
Jom mengaji..

Wahai diri...
Jika al Quran pun tidak dapat mengubat hatimu, ubat apalagi yang kau cari dalam hidup ini?

KISAH-KISAH NABI & PARA RASUL


Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga,  teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Disampaikan setiap hari pada waktu rehat oleh guru-guru yang telah ditetapkan.

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

TEKA CARI KATA  


Antara pemenang peraduan teka cari kata Ramadan mengikut kelas.Setiap kelas mempunyai tiga orang pemenang.

Murid Tahun 6 yang berjaya memenangi Teka Cari Kata

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pasukan kompang mengiringi kawan-kawan mereka yang menyertai  khatam al-Quran.

Majlis diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013.Tepat jam 7.50 pagi, peserta diarak di kawasan sekolah menuju ke pentas.

Majlis Khatam dipimpin oleh ust. Muhammad Zulfakar.

Ya Allah Kasih Sayangilah daku
dengan sebab AlQuran ini
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai pemimpin
sebagai cahaya
sebagai petunjuk
dan sebagai rahmat bagiku

Ya Allah ingatkanlah daku
apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan karuniailah daku
selalu sempat membaca AlQuran
pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai hujjah bagiku

Ya Allah Tuhan semesta alam

Semoga menjadi motivasi kepada para pelajar yang lain untuk lebih bersungguh dalam mempelajari al-Quran.

PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN OLEH BANK RAKYAT

Bank Rakyat menunaikan tanggungjawabnya mengeluarkan zakat perniagaan.Ini adalah kali ke dua murid-murid di sekolah ini menerima sumbangan zakat perniagaan dari bank Rakyat pada hari Rabu 31 Ogos 2013.

Setiap murid yang hadir pada hari itu menerima RM100.00 seorang. Sumbangan zakat ini telah disampaikan oleh wakil daripada Bank Rakyat .
JOM MASAK BUBUR LAMBUK...

Program yang diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 selepas majlis khatam al-Quran.

Satu program yang telah dicetuskan dan diketuai oleh Pn. Hajah Norhayati GPK Hem dan mengikut resepi beliau sendiri .

Senyum sokmo ! 
Walaupun kerja menimbun tapi tetapmampu memberikan  senyuman kerana berpegang  dengan prinsip :

1. Jangan fikir apa yang orang beri pada kita, fikir apa yang kita beri pada orang lain.
2. Jangan pandang remeh terhadap sesuatu tugasan yang diberi walaupun kelihatan remeh.
3. Lakukan sesuatu untuk mendapatkankeredaan Allah, bukan perhatian manusia.

Siap untuk agikan kepada semua murid...



IFTAR JAMAEI & SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2013

Tarikh : 1 Ogos 2013
Aturcara :


6.00 Petang     - Pendataran Kehadiran
6.20                 - Ceramah Motivasi Pelajar
7.19                 - Berbuka Puasa
7.30                 - Solat Fardu Maghrib Berjemaah
7.45                 - Jamuan
8.15                 - Muhazsabah Diri
9.00                 - Solat Fardu Isyak
                         - Solat Hajat UPSR
                         - Solat Terawih
                         - Solat Witir
9.50                 - Moreh
10.00               - Bersurai



Ceramah Motivasi Pelajar disampaikan oleh ust. Katiman dari SK. Tampoi 2 bermula jam 6.20 ptg.

Dewan mula dipenuhi oleh pelajar dan ibu bapa

Mendengar ceramah hingga masuk waktu maghrib dan berbuka.


Jamuan berbuka puasa yang diadakan seusai  solat fardu maghrib.





Slot Muhasabah Diri  sempat diadakan pada jam 8.15 malam - 9.00 malam

Apakah erti sebenar kejayaan? Adakah kita dikira berjaya bila kita cemerlang dalam akademik, mempunyai duit yang banyak serta memiliki harta yang banyak?

Air mata kadangkala lebih istimewa daripada senyuman kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja.. tapi tangisan hanya dititiskan untuk orang yang tersayang..maka HARGAILAH mereka yg menitiskan air mata untukmu.

Sayangilah Allah untuk menyayangi diri. Sayangilah diri untuk menyayangi orang lain.
Allah adalah sumber kasih sayang segala dan semua!

Kekadang, doa hanya tika waktu susah sahaja, waktu senang doa dilupakan.
Sama2 kita ubah dah sentiasa berdoa walau senang atau susah.
Dan..

Di antara doa kita dimakbulkan adalah apabila kita mula berusaha.

Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat

Al-Hamdulillah, seperti yang dirancangkan majlis berakhir pada jam 10.00 malam dan sempat moreh sedikit pada malam itu.

BACAAN YAASIN MINGGUAN

2 Ogos merupakan Hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan ini. Pagi ini sempat mengadakan majlis bacaan Yaasin terakhir di bulan Ramadan di dewan  yang telah digunakan pada malamnya.Dengan itu berakhirlah aktiviti sepanjang Ramadan ini.Semoga Allah menerima segala amalan yang telah kita lakukan.


 Bacaan Yaasin pagi ini dipimpin sendiri oleh ust. Muhammad Zulfaqar.

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)
Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)