Selasa, 24 Jun 2014

RAMADAN KEKASIH YANG DINANTI


Al-Hamdulillah, diberikan lagi  nikmat oleh Allah untuk menyambut kedatangan kekasih yang dinanti, Ramadan al Mubarak. Bulan penyucian hati dan iman.
Kedatangan Ramadan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi orang-orang mukmin. Ramadan amat dinanti kerana apabila menjelangnya Ramadan, Rasulullah bersabda :

“ Sesungguhnya telah datang bulan Ramadan bulan yang berkat. Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukankan pintu-pintu syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka dan diikat syaitan.Pada bulan ini terdapat satu malam terbaik dari seribu bulan, sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan maka sesungguhnya dia rugi…(riwayat Ahmad dan an-Nasai)

Marilah kita sama2 berdoa di awal bulan yang mulia ini untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah supaya hati kita terus istiqamah melakukan ibadah hanya keranaNya. Insyaallah.


"Ya Allah telah tiba bulan Ramadan dan telah engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan engkau telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk manusia sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa bagi  kami  dan berilah kesihatan  kepada kami  sesungguhnya engkau berkuasa atas tiap sesuatu wahai yang maha pemurah lagi mengasihani"


.
Manakala  Abu Hurairah ra.pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

1-Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

2-Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

3-Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

4-Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan.

5-Pada malam terakhir Ramadan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


 ANTARA PROGRAM  IHYA’  RAMADHAN YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN INI :

BIL.
PROGRAM
TARIKH
1.     
Program Di Ambang Ramadan
26/6/2014
2.     
Tadarus Quran Murid-mujrid  dan guru-
Setiap Hari
3.     
Kisah-kisah Nabi &Para sahabat
Setiap Hari
4.     
Majlis Khatam Al-Quran
23/7/2014
5.     
Solat Tarawih & Solat Hajat Perdana UPSR
23/7/2014
6.     
Sumbangan Fakir Miskin & Anak Yatim
24/7/2014
7.     
Iftar Jamaie
23/7/2014
8.     
Banner Semarak Ramadan
26/6/2014
9.     
Majlis Perutusan Aidil Fitri
24/7/2014
10.  
Risalah Ramadan
2 Kali Sebulan
11.  
Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
23/7/2014
12.  
Jualan Kad  & Biskut Hari Raya (Tabung Surau)
Setiap hari
13.  
Pertandingan-pertandingan
Waktu yg Sesuai
14.  
Solat Fardu Zohor Berjemaah
Setiap  Hari
15.  
Kuliah Zohor
Setiap  Hari
16.  
Tazkirah Murid
Setiap  Hari
17.  
Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra
15/7/2014
18.  
Gotong Royong / Keceriaan Surau

19.  
Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi
Setiap pagi
20.  
Penyampaian hadiah
Waktu yg Sesuai

v  PROGRAM : DIAMBANG RAMADAN

Tarikh : 26/06/2014
Tempat : Kantin Sekolah
Tempoh Masa :30 minit (selepas Bacaan Yaasin)
Sasaran : Semua Murid Islam
Objektif :
1.    Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan.

2.    Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.

3.    Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :
a.    Diadakan pagi Khamis selepas Bacaan Yaasin Sekolah
b.    Ucapan Khas dan Perasmian oleh Guru Besar.
c.    Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

v  PROGRAM : TADARUS AL-QURAN

Tarikh :
Setiap hari dalam waktu rehat persekolahan dalam bulan Ramadhan
Tempat :
Surau Sekolah / Makmal Komputer.
Masa :
10.00 pagi – 10.30 pagi ( Setengah Jam)

Sasaran:
Pelajar yang telah membaca al-Quran

Objektif :
1.   Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorangfasilitator atau guru
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan :
a.     Semua pelajar diarah berkumpul di surau/makmal dalam keadaan berwuduk
b.     Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.
c.      Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
d.      Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.




v  PROGRAM : MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 23 /07/2014
Hari    : Khamis
Tempat : kantin Sekolah
Masa :  9.00 pagi – 10 pagi
Sasaran :
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.    Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di bulan Ramadhan.
2.    Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran.
3.    Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.

Kaedah Pelaksanaan :
a.    Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.
b.    Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-Quran.
c.    Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di kantin Sekolah.
d.    Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan paluan kumpulan kompang.
e.    Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
f.     Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
g.    Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.




v  PROGRAM : TABUNG SUMBANGAN FAKIR MISKIN & ANAK YATIM

Tarikh: Sepanjang Ramadan
Tempat : Di dalam kelas @ Tapak perhimpunan

Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.  Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Kaedah Pelaksanaan :
a.    Pelancaran tabung dilancarkan oleh Guru Besar pada hari  pertama persekolahan di bulan Ramadan.
b.    Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi atau selepas solat.
c.    JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.
d.    JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas.
e.    Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Guru Besar.


v  PROGRAM : IFTAR JAMAIE

Tarikh : 23/07/2014
Hari     : Rabu
Tempat :Kantin Sekolah & Surau
Masa : 6.00 Petang – 10.30 Malam
Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
2.  Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.


Kaedah Pelaksanaan :
a.     Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau / tempat majlis.
b.     Tazkirah / ceramah mengenai Motivasi bagi murid Tahun 6 oleh seorang guru Pendidikan Islam / penceramah jemputan.
c.     Membaca doa berbuka.
d.     Berbuka puasa.
e.     Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.
f.      Muhasabah Diri.
g.     Solat Isyak , Solat Hajat Perdana UPSR, Solat Terawih & Solat Witir.
h.     Majlis diakhiri dengan “Moreh”.


v  PROGRAM : BANNER SEMARAK RAMADAN


Tarikh :
 Akhir Saaban
Tempat:Di Pagar Sekolah.
Masa : Sepanjang Ramadan.
Objektif :
1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.
Kaedah Pelaksanaan :
a.    Memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain banner.
b.    Meletakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga sekolah.
c.    Layout banner berasaskan kreativiti Panitia Pendidikan Islam dan sesuai dengan suasana  Ramadan.






v  PROGRAM :MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRI

Tarikh :
 Ditentukan oleh sekolah
Tempat : Kantin Sekolah
Tarikh : 24/07/2014
Hari    : Khamis
Tempoh Masa :
1 jam

Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.   Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang Ramadan.
2.  Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3.   Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal.

Kaedah Pelaksanaan :
a.    Diadakan pada hari terakhir Persekolahan sebelum pulang.
b.    Ucapan Khas oleh  Guru Besar.
c.    Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.
d.    Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.




v  PROGRAM : GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBUK

Tarikh : 23 / 07 /2014
 Hari    : Rabu

Tempat :   Berhampiran Kelas Pra Sekolah.
Tempoh Masa : 3 jam
.Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.  Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :
a.    Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik
b.    Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memiliki pengalaman dalam bidang tersebut.
c.    Melantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.

v  PROGRAM :  AKTIVITI ELEKTIF IHYA RAMADAN

Tarikh : Setiap Hari Sepanjang Ramadan.
Tempat :Surau Sekolah.(Jika Surau dapat digunakan)
Tempoh Masa : 5 – 15 Minit.
Sasaran:
Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.   Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

2.  Membangunkan  pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kaedah Pelaksanaan :
a.    Melaksanakan aktiviti elektif mengikut kesesuaian Panitia Pendidikan Islam.
b.    Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak Panitia.
c.    Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan melalui slot ,tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat

d.    Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.


   Adalah diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan dan diteruskan bagi memastikan semua murid Sekolah  Kebangsaan Sungai Danga khususnya mendapat pengalaman Ihya Ramadan yang sepatutnya. Semoga program ini mendapat sokongan moral dan material daripada semua pihak