Ahad, 23 Februari 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2014/1435

   

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.
Untuk itu,Sambutan Maulidurrasul Peringkat SK Sungai Danga telahpun dilaksanakan pada:
Tarikh     : 15 Februari 2014
Hari        : Sabtu .
Masa      : 9.00 pagi -10.45 pagi
Tempat   : Kantin Sekolah.


    

ATUR CARA :
9.00     pagi          : Majlis dimulakan.
9.05     pagi          : Bacaan Doa.
9.10     pagi          : Ceramah Maulidurrasul.
10.10   pagi          : Selawat beramai-ramai.
10.20   pagi          : Jamuan.
Penceramah : Ustaz Hairul Anuarr bin Abdullah
                            Guru j-QAF SK Kampung Pasir,
                           Johor Bahru.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.

Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Mohd Hafiz dari tahun enam


Bismillahi Rahmanir Rahim
Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan kerahmatan ke atas kehidupan umat Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk memberi rahmat sekalian alam.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Setinggi-tinggi kesyukuran kami kehadrat Mu
  kerana dengan nikmat dan rahmatMu dapat kami menyambut MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SUNGAI DANGA  dalam suasana ceria dan penuh kemesraan. Kami pohon keberkatan dan maghfirah  dariMu Ya Allah ke atas majlis ini.


 Ya Allah Sesungguhnya kelahiran dan perutusan junjungan besar NabiMu adalah merupakan peristiwa agung yang akan kami hayati. Perjalanan hayat dan perjuanganya adalah qudwah setiap mukmin dalam menegak hak dan meruntuh kebatilan, panduan dalam menyemarak obor perpaduan serta kejayaan menyatukan yang bertelingkah.


 Restuilah prinsip hidup kami atas asas keimanan yang kukuh dan ketakwaan agar kami terhindar daripada penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
 Wahai Tuhan kami yang sentiasa mempunyai sifat belas ihsan.

Jadikanlah kami insan yang mengenal erti kesyukuran, berterima kasih di atas nikmat dan pemberianMu. Kami sedar Ya Allah, nikmat yang kami kecapi pada hari ini, tidak semua dirasai oleh semua hambaMu di dunia ini.

Peliharakan lah kami, negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun dalam. Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara mengikut keredhanMu .

Ya Allah,

Anugerahkan kami kekuatan ilmu,ilham dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan, meniti perubahan zaman, bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar aman makmur dengan kedaulatan tanah air teguh terpelihara.

Ya Allah,

Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab,ketenangan hati dan ketinggian iman. Hiasilah kami dengan sifat mahmudah, perbetulkanlah iktikod dalam amalan, tekun mengerjakan suruhan, taat menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas menyempurnakan amalan dan berkasih sayang sesama insan.


Ya Allah

Jadikanlah kami golongan yang mengikuti Nabi Muhammad  sama ada  pada permulaannya, penghabisannya, zahirnya , batinnya, perkataannya, perbuatannya,ibadatnya  dan amalansolehnya.


Dan akhir sekali kami memohon kepadaMu Ya Allah

Iman yang tidak terlepas, nikmat yang tidak akan habis dan bersama Nabi-Mu Muhammad s.a.w di syurga yang paling tinggi selama-lamanya.

“Aku tidak takut doaku ditolak, tapi aku lebih takutkan jika… aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa “


Ceramah Maulidurrasul ....



Cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah s.a.w. Cinta Allah itu tujuan, cinta kepada Rasulullah pula jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan.



Bagi bersama Nabi s.a.w. di syurga, Cinta kepada Baginda menjadi prasyarat yang paling utama.


Apabila kita benar-benar mencintai Nabi, kita akan mengikut sunnah atau Perjalanan hidup

Baginda, malah akan memperjuangkannya.


Jamuan ...



Hidup ini tumpang menumpang…… di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan  nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah s.w.t…..Maka siapakah kita untuk menolak agama Allah…?







Penghargaan :
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada :
                -Ibubapa
                -Guru-Guru
                -Kaki tangan Sekolah
                -Murid-Murid
Dan semua yang telah memberikan sumbangan berbentuk wang  ringgit,tenaga dan
 buah fikiran dalam menjayakan majlis ini.

Percayalah, memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada…..
Namun….
Usah bersedih sekiranya pemberian anda tidak dihargai. Sebab yang anda cari adalah pahala dari Allah.



Rabu, 5 Februari 2014

KERTAS KERJA MAULIDURRASUL 2014/1435



SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DANGA

KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
PERINGKAT SEKOLAH 2014/1435

“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH “



TAJUK : SAMBUTAN MAULIDURRASUL  2014/1435
PERINGKAT SK.SUNGAI DANGA

1. PENDAHULUAN
            Majlis Sambutan Maulidurrasul  merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. ). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

             Majlis ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua guru dan murid  muslim bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w.

2. MATLAMAT
            Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan  mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah  terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF
3.1. Mendidik murid mengenali dan  mencintai Rasulullah s.a.w.
3.2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah saw
3.3. Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw.
3.4. Melahirkan kerjasama dikalangan murid  dalam merealisasikan aktiviti sekolah.

4. SASARAN
            Semua murid Islam SK. Sungai Danga.

5. JANGKA MASA /TEMPAT
            Tarikh              : 15 Februari 2014
            Hari                : Sabtu .
            Masa               : 9.00 pagi -10.45 pagi
            Tempat            : Kantin Sekolah.       

6.         KAEDAH / METODOLOGI
            6.1 Ceramah
            6.2 Selawat beramai-ramai
           
7.         JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA
    Pengerusi                         : Tn. Hj. Noh bin Hj.Sahan.
    Timbalan Pengerusi          : Puan Hajah Norhayati bt A.Kahar.
    Naib Pengerusi 1             : Puan Haliza bt Hj. Jufri.
    Naib Pengerusi 2             : En. Ahmad Firdaus bin Abdullah Tahrin
    Setiausaha                       : En. Suhadi bin Musa.
    Penyelaras                       : Ustazah Nor Shahrina bt Mansor.
    Persiapan Dewan             : En. Mohd Hidhri bin Ahmad.
                                           :  En. Che Zailiruddin bin Che Zakaria.
           Taknikal/Bacdrop     : En. Mohd Iswandy bin Sahlan.
                                           : En. Ahmad Faiz bin Abd. Razak.
            Pengacara Majlis     : Pn. Noraini bt Zakaria.
            Kawalan Murid       : Pn.Azlina bt Sudin
                                           : Pn.Noorhasmihan bt Ab. Rahim.
                                           : Cik Aznita bt Johan.
                                                           
            Kebersihan              : En. Mohd Serakal bin Yusof
                                           : En. Mohd Cho bin Abdullah
            Makanan/minuman  : Pn. Tumi bt Marjo.
                                          : Pn. Aidah bt Atan.
            Buku program        : Cik Nur Hafizah bt Abdull Hamid
                                          : Cik Rohaiza bt Nawi.
                                               
8. TENTETIF PROGRAM
            9.00     pagi     : Majlis dimulakan.
            9.05     pagi     : Bacaan Doa.
            9.10     pagi     : Ceramah Maulidurrasul.
            10.10   pagi     : Selawat beramai-ramai.
            10.20   pagi     : Jamuan.
            10.45   pagi     : PdP .
9. SUMBER KEWANGAN
            Sumber kewangan diperolehi daripada derma ikhlas ibu bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN.
Bil.
Perkara
Butiran
Jumlah


1.

Saguhati Penceramah (seorang)

RM150.00

RM   150.00

2.

Makan Murid

RM5.00 x 199 orang

RM   995.00

3.

Guru/Kakitangan/Jemputan

RM7.00 x 34  orang

RM   238.00



Jumlah Keseluruhan

RM  1383.00


11.PENUTUP
                Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan  dapat menambahkan cinta kepada baginda Nabi di kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.



Disediakan oleh :                                                                    Disahkan oleh :