Isnin, 4 Mac 2013

KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat siri 1 telahpun dilaksanakan pada Sabtu, 2 Februari 2013. Dalam siri 1 ini, seramai 61 daripada 67 orang murid-murid tahun 1,2,dan 3 telah hadir dalam program yang dijalankan  ini.

Kem siri 1 ini mendedahkan murid-murid tentang amalan berwuduk.



Latih tubi  berwuduk dan cuba mengenalpasti mana-mana murid yang tidak dapat membezakan antara anggota kanan dan kiri.

             Ada yang  masih tidak dapat membezakan anggota kanan dan kiri.



Menilai.....


Opppss! Jangan membazir air....perlahankan air itu...

Islam mengajar kita supaya berjimat cermat. Gunakan apa yang perlu, walaupun ianya mudah diperolehi. Sehinggakan dalam bab berwudu’ sekalipun, nabi Muhammad SAW melarang sahabatnya daripada membazir, seperti di dalam sepotong hadith seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah:
Dan daripada Abdullah bin Amru bin al-’As sesungguhnya Rasulullah lalu berhampiran Sa’ad ketika beliau sedang berwudu’, lalu baginda bertanya, “Apakah (mengapakah berlaku) pembaziran ini wahai Sa’ad?” Sa’ad menjawab, “adakah di dalam wudu’ ada pembaziran?” Nabi bersabda, “Ya, walaupun berwudu’ di dalam sungai yang mengalir.”

Jumaat, 1 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR ( FEBRUARI)

 Program Membudayakan Al-Quran-Jumaat,1 Mac 2013. 
Bacaan Yaasin dipimpin oleh adik Mohd Zaki bin Abu Mansor manakala bacaan doa oleh adik Mohd Shahrulnizam bin Jamal.



 Aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada murid-murid yang dilahirkan pada bulan Februari.



Diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid  yang datang  paling awal ke sekolah sepanjang bulan Februari.