Sabtu, 16 November 2013

CUTI AKHIR TAHUN 2013 BERMULA......


Panitia Pendidikan Islam mengucapkan Selamat Bercuti Akhir Tahun kepada semua murid SKSD




Ibu Bapa di harap mengambil peluang cuti sekolah ini mengajar/menghantar anak-anak belajar al-Quran.
Tips Mengajar Anak al-Quran
1-Disiplinkan anak mengaji sekerap mungkin. Contohnya 5 hari seminggu antara waktu maghrib dan Isyak.
2-Jangan Cepat Marah. Kalau perasaan marah datang, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika kita selalu marah-marah, kanak-kanak tidak akan suka mengaji.
3-Disiplinkan diri kita sendiri mengaji setiap hari sebagai contoh..Jangan ingat anak kita tidak perhatikan kita.
4-Bacakan surah yang ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur.
5-Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak kita.
(Dipetik dari kolum Fiqah Didik dalam Majalah al-Ustaz isu 5)




Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
"Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan"






Isnin, 11 November 2013

MAAL HIJRAH



Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat sekolah telah dilaksanakan pada :
Hari & Tarikh :Rabu , 6 November 2013
Masa :7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari
Tempat :Kantin SK Sungai Danga
Sasaran :Semua murid beragama Islam.
Tantatif Program :
            7.20  pagi        : Perhimpunan pagi
                                    : Bacaan Yaasin
                                     : Doa Selamat & Doa Awal Tahun
            8.15   pagi       : Perarakan
            9.30   pagi       : Persembahan Murid
            10.00   pagi     : Rehat
           10.30              : Kuiz Maal Hijrah (Tahap 2 )
                                     : Peraduan Mewarna ( Tahap 1)
            11.30  pagi      : Ceramah Maal Hijrah
            12.45  tengahari: Pembahagian Bubur Asyura kepada semua murid .
            1.00    petang    : Bersurai



Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Berdoa mendidik kita bersangka baik... kepada Allah, diri, orang lain dan dunia seluruhnya.
Sangka baik, dapat baik!


'Hijrah' adalah berpindah dari satu keadaan menuju keadaan yang lebih baik -- dari kebiasaan buruk menuju kebiasaan yang lebih baik.

Ada masanya perlu berundur ke belakang bagi mengambil lajak demi melonjak lebih tinggi dan jauh.Itulah ibrah hijrah Rasululah... tak kalah dengan mengalah!

Untuk mengubah hidupmu, ubah dirimu. Untuk mengubah dirimu, ubah cara fikirmu.


Kita dapat mengubah hidup menjadi lebih baik bila mengubah sikap dan disiplin diri menjadi lebih baik.

Ramai yang mampu berubah. Tapi ramai yang tak mampu nak istiqamah. Mengapa? 
Kerana terlalu banyak perkara yang menghitamkan hati.


Untuk berada di tempat paling tinggi, letakkan diri di kedudukan paling rendah... jadi hamba Allah


Sayang Allah... jaga solat.
Sayang Rasulullah...banyak berselawat.
Sayang diri... sentiasa taubat
Pada awal tapak melangkah... kita rasa memerlukan Islam.
Setelah lama tapak melangkah... kita rasa Islam memerlukan kita.
Mula-mula hiduplah untuk Islam, kemudian matilah untuk Islam!


Jika benar ingin berubah;
Mohon hidayah, cari ilmu, fahami, hayati dan terus amalkannya. 
Wajib gigih bermujadah dan istiqamah. Dan sentiasa berdoa. 
Jangan lupa bersama guru, berdamping dengan sahabat sealiran, duduk dalam lingkungan yang baik, dan hadiri program-program amal.Kerana .....


hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Sebab itu dikatakan.....

"Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa), manakala neraka itu diliputi perkara2 yang disukai syahwat." (HR Muslim).


Maal Hijrah... Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, 
Fikirlah dengan iman.



Persembahann Murid....






Kuiz Maal Hijrah


Pertandingan Mewarna Tahap 1



Apa yg kita tanam itu yg kita petik. Apa yg kita kerjakan hari ini, itulah yg kita dapati hari esok. Lakukanlah dengan bijaksana.

"Orang yang redha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul, nescaya akan merasakan kelezatan iman." (HR. Muslim)

Khamis, 17 Oktober 2013

KBS 3 & 4

            “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ( Surah al Ankabut ayat 45 )



Sememangnya melatih dan mendidik anak-anak untuk melazimi solat fardu yang lima bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, konsentrasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapa. Baik suami, juga isteri, kedua-duanya perlu saling bekerjasama dan tidak bertelagah dalam menentukan corak didikan terhadap anak-anak.

Untuk itu pihak  j-QAF sekolah ini mengadakan Kem Bestari Solat 3 & 4 pada hari Sabtu 12 Oktober 2013 yang lalu..Program bermulatepat  jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.


" Kita rehat dan makan dulu...
......lepas ni sambung balik belajar solat "

Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat. Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama. Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1 hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat atau ikut sama solat tetapi main-main. Kita baru rukuk dia sudah pun sujud. Kita belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain. Tidak perlu bertegas atau berkeras. Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman. Biarkan sahaja dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat. Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap. Malah 80% didikan adalah melalui tauladan bukannya melalui perkataan. Tauladan maknanya apa yang anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi “. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 

 Setiap ibu bapa seharusnya menginsafi bahawa melalui metod latihan solat yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit ini, ia tidak lebih adalah sebagai langkah awal untuk memperkuat fitrah ilahiyah yang wujud sejak azali di dalam diri setiap manusia. Ia disubur dan dikembangkan melalui pelaksanaan lima rukun islam yang disyariatkan oleh ALLAH SWT di mana salah satu darinya ialah ibadah solat fardu yang lima.


 “Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )



“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”(Surah Ibrahim ayat 40 )

Solatlah anak-anakku.......(Inilah doa dan harapan kita kepada anak-anak tetapi jika ianya bukan doa dan harapan kita pada anak-anak......ingatlah bahawa .....tidak pasti bila kita akan mati tetapi yang pasti detik itu kian dekat!Jika kematian semakin dekat, lihalah kembali  solat kita dan anak-anak atau masih lazatkah berbuat maksiat ? Ah, mati masih jauh dan taubat boleh ditangguh,itu bisikan nafsu ....selalu.






Rabu, 28 Ogos 2013

SAMBUTAN AIDILFITRI


Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 peringkat sekolah telah diadakan pada  hari Sabtu 24 Ogos 2013 dengan  meriahnya bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi . Semua warga SKSD menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari raya pada tahun ini. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi di tahun hadapan.

MARHABAN KELAS KE KELAS

Marhaban di Tahun 5

Marhaban di Tahun 6

Marhaban di Tahun 1

Marhaban di Tahun 2


Marhaban di Tahun 4

Marhaban di Tahun 3

PERTANDINGAN LAGU RAYA & PATRIOTIK
ANTARA KELAS

Sebelum pertandingan dimulakan......
Rasa dulu kuih raya ni....

 Jadilah tangan yang di atas dengan mencari, memiliki, dan memberi harta. Milikilah hati yang cerdik dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia !

semua ok....pertandingan boleh dimulakan sekarang...

  Senyum dan salam adalah budaya hidup dalam syurga. Penghuni syurga sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam sesama  mereka. Jika kita ingin memasuki syurga di akhirat nanti, marilah amalkan cara hidup ahli syurga di dunian ini, Senyum dan sebarkan salam !

Persembahan oleh Tahun 3

 Tahun 6 dengan persembahan mereka

JAMUAN RAYA...




  Batu dengan batu disatukan dengan simen. Kayu dengan kayu disatukan dengan paku. Hati dengan hati disatukan dengan iman. Hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah swt.


 Sambil makan dihiburkan dengan irama kompang
  Antara juadah untuk para guru

Al-Hamdulillah....rezeki kurniaan Allah.

Ucapan al-hamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat, sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri. Apabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit, Allah menjanjikan datangnya nikmat yang lebih banyak. Lalu.....al-hamdulillah, kita akan mencambahkan lebih banyak Alhamdulillah !

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin