Sabtu, 16 November 2013

CUTI AKHIR TAHUN 2013 BERMULA......


Panitia Pendidikan Islam mengucapkan Selamat Bercuti Akhir Tahun kepada semua murid SKSD




Ibu Bapa di harap mengambil peluang cuti sekolah ini mengajar/menghantar anak-anak belajar al-Quran.
Tips Mengajar Anak al-Quran
1-Disiplinkan anak mengaji sekerap mungkin. Contohnya 5 hari seminggu antara waktu maghrib dan Isyak.
2-Jangan Cepat Marah. Kalau perasaan marah datang, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika kita selalu marah-marah, kanak-kanak tidak akan suka mengaji.
3-Disiplinkan diri kita sendiri mengaji setiap hari sebagai contoh..Jangan ingat anak kita tidak perhatikan kita.
4-Bacakan surah yang ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur.
5-Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak kita.
(Dipetik dari kolum Fiqah Didik dalam Majalah al-Ustaz isu 5)




Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
"Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan"






Tiada ulasan: