Khamis, 17 Oktober 2013

KBS 3 & 4

            “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ( Surah al Ankabut ayat 45 )



Sememangnya melatih dan mendidik anak-anak untuk melazimi solat fardu yang lima bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, konsentrasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapa. Baik suami, juga isteri, kedua-duanya perlu saling bekerjasama dan tidak bertelagah dalam menentukan corak didikan terhadap anak-anak.

Untuk itu pihak  j-QAF sekolah ini mengadakan Kem Bestari Solat 3 & 4 pada hari Sabtu 12 Oktober 2013 yang lalu..Program bermulatepat  jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.


" Kita rehat dan makan dulu...
......lepas ni sambung balik belajar solat "

Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat. Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama. Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1 hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat atau ikut sama solat tetapi main-main. Kita baru rukuk dia sudah pun sujud. Kita belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain. Tidak perlu bertegas atau berkeras. Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman. Biarkan sahaja dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat. Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap. Malah 80% didikan adalah melalui tauladan bukannya melalui perkataan. Tauladan maknanya apa yang anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi “. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 

 Setiap ibu bapa seharusnya menginsafi bahawa melalui metod latihan solat yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit ini, ia tidak lebih adalah sebagai langkah awal untuk memperkuat fitrah ilahiyah yang wujud sejak azali di dalam diri setiap manusia. Ia disubur dan dikembangkan melalui pelaksanaan lima rukun islam yang disyariatkan oleh ALLAH SWT di mana salah satu darinya ialah ibadah solat fardu yang lima.


 “Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )



“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”(Surah Ibrahim ayat 40 )

Solatlah anak-anakku.......(Inilah doa dan harapan kita kepada anak-anak tetapi jika ianya bukan doa dan harapan kita pada anak-anak......ingatlah bahawa .....tidak pasti bila kita akan mati tetapi yang pasti detik itu kian dekat!Jika kematian semakin dekat, lihalah kembali  solat kita dan anak-anak atau masih lazatkah berbuat maksiat ? Ah, mati masih jauh dan taubat boleh ditangguh,itu bisikan nafsu ....selalu.