Sabtu, 31 Mei 2014

ISRAK & MIKRAJ

Program         : Ceramah Israk Dan Mikraj
Tarikh             : 26 Mei 2014
Hari                 : Isnin.

Masa              : 8.30 pagi – 10.10 pagi


Majlis dimulakan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh adik Mohd Hafiz dari tahun 6.
Barangsiapa yang menadahkan  tangannya dan berdoa, Allah tidak akan membiarkan tangannya itu kembali kosong



Bacaan ayat-ayat  suci Al-Quran dari surah Al-Israk dibacakan oleh adik Ain Syahirah dan terjemahannya oleh adik  Mohd syameer.Kedua-duanya dari Tahun 4.
 “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”
.(Surah Al-Isra’, ayat:1)





Ucapan Perasmian Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj oleh Guru Besar SKSD (Hj. Mohd Noh bin Hj. Sahan)


Disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Ismail ( GPK HEM SK. SRI AMAR)




 Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin.

Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit.
Rasulullah pergi ditemani oleh malaikat Jibril dengan menggunakan kenderaan yang dipanggil Buraq



Di langit pertama Rasulullah bertemu dengan  nabi Adam a.s.
Di langit kedua Rasulullah bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Di langit ketiga Rasulullah bertemu dengan nabi Yahya a.s.
Di langit keempat Rasulullah bertemu dengan nabi Idris a.s.

Di langit kelima Rasulullah bertemu dengan nabi Harun a.s

langit keenam Rasulullah bertemu dengan nabi Musa a.s.
Di langit ketujuh Rasulullah bertemu dengan nabiIbrahim a.s.


Majlis diakhir dengan persembahan Kalam Jamaei oleh murid-murid tahun 4


Allah mahukan baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk


Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia


Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh




Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya




Terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. 


Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.



Rabu, 14 Mei 2014

KERTAS KERJA SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ




MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
1.PENDAHULUAN
 Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
2.MATLAMAT

Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.

3.RASIONAL

Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan  Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

4.OBJEKTIF
            2.1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.
            2.2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan     
                    sejarah.
            2.3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.
            2.4. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).
5. SASARAN
            3.1. Semua murid-murid beragama Islam
6. JANGKA MASA/TEMPAT :
            Tarikh  : 26  Mei  2014
            Hari      :Isnin .
            Masa    : 8.00 pagi -10.00 pagi
            Tempat : Kantin Sekolah.
7. KAEDAH/ METODOLOGI
            7.1. Ceramah.
            7.2. Kuiz Spontan

 8. TENTATIF PROGRAM
            8.00 pagi          Majlis dimulakan
            8.05                  Bacaan Doa 
            8.10                  Bacaan Tilawah Al-Quran 
            8.20                  Ucapan Perasmian oleh :-
                                    Guru Besar : Hj. Mohd Noh bin Hj. Sahan.
            8.35                  Persembahan Murid
            8.45                  Ceramah Israk & Mikraj
                                    Oleh : Ustazah Nor Shahrina bt Mansor
            9.45                  Persembahan Murid
            10.00                Rehat
            10.30                PdP dijalankan seperti biasa.                
                                   
8. PENCERAMAH
            Pn. Nor Shahrina bt Mansor (Guru j-QAF  SK Sungai Danga)
9. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA
            Pengerusi                                 : Tn. Hj. Mohd Noh bin Hj.Sahan.
            Timbalan Pengerusi                   : Puan Hajah Norhayati bt A.Kahar.
            Naib Pengerusi 1                       : Puan Haliza bt  Jufri.
            Naib Pengerusi 2                       : En. Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin
            Setiausaha                                : En. Suhadi bin Musa.
            Penyelaras & Bendahari             : Ustazah Nor Shahrina bt Mansor.
            Persiapan Dewan                      : En. Mohd Hidhri bin Ahmad.
                                                            :  En. Che Zailiruddin bin Che Zakaria.

            Taknikal/Bacdrop                      : En. Mohd Iswandy bin Sahlan.
                                                            : En. Ahmad Faiz bin Abd. Rahman.

            Pengacara Majlis                       : Pn. Noraini bt Zakaria.


            Kawalan Murid                           : Pn.Azlina bt Sudin
                                                            : Pn.Noor Hasmihan bt Ab. Rahim.
                                                            : Cik Aznita bt Johan.   
           
Kebersihan                                : En. Mohd Serakal bin Yusof
                                                            : En. Mohd Cho bin Abdullah

            Makanan/minuman                     : Cik Rohaiza bt Nawi.
                                                            : Cik Ummu Hanisah bt Zainuddin
: Pn. Tumi bt Marjo.
                                                            : Pn Junaidah bt Ab Karim
                                                            : Pn. Adah bt Atan.

            Buku Program                           : Cik Nur Hafizah bt Abdull Hamid




10.SUMBER KEWANGAN:
            Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.
11. PERBELANJAAN
           
Bil.
Perkara

Butiran
Jumlah

1.

Jamuan ringan murid

152 orang   x RM3.60

RM547.20






JUMLAH
RM547.20

12. PENUTUP
Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyyah dan mudah-mudahan menambahkan ilmu, keimanan dan ketakwaan semua warga SKSD. Insyaallah.







































( 4 )