Rabu, 16 April 2014

SOLAT PENGHUBUNG ANTARA MAKHLUK DENGAN PENCITANYA



Solat itu.....
penghubung antara makhluk dengan penciptanya.
solat ….Perkara pertama yang akan dihisab.
Solat itu ....tiang seri agama.




Nama Program : Kem Bestari Solat ( siri 2 )
Tarikh              : 12 April 2014
Hari                 : Sabtu
Masa               : 8.00 pagi – 1.00 tengahari


Program kali ini lebih kepada latih tubi bacaan-bacaan di dalam solat. Sekali sekala diselangi dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan solat bagi memotivasikan mereka melakukan solat dan mengelak mereka merasa bosan di dalam kem ini.







Solat itu ringan bagi yang ambil berat, solat itu berat bagi orang yang ambil ringan.




Kenapa Mohamad al Fateh dikatakan sebagai sebaik-baik raja?


Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kali di Constantinople (Istanbul), timbul pertanyaan tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

1- “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

2- Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

3- Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .

Bahkan seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan kemausiaan, kemahiran dan ilmu yang ada di zamannya.”






Sesungguhnya perkara pertama yang akan disoal pada seseorang hamba pada hari akhirat adalah tentang solatnya.(HR Abu Daud)




Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam (Al-An’am 6:162)









Aku beribadat kepada Allah kerana itu perintah Allah . Aku beribadat kepada Allah kerana Aku mencintai Allah.




Asal Usul Solat
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.



Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana seriap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan angkat darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu (HR Muslim)


Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.





Tiadalah keadaan seseorang hamba yang paling disukai oleh Allah melainkan melihat hambaNya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (tunduk, pasrah dan hina kepada Allah) (HR Thabrani)



Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:


Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun



Jangan biar syaitan laknatullah ketawakan kita kerana kita : 
Ketinggalan subuh kerana kesiangan
Ketinggalan zohor kerana kesibukkan
Ketinggalan asar kerana masih diperjalanan
Ketinggalan maghrib kerana masih keletihan
Ketinggalan isyak kerana ketiduran.
Jangan sekali-kali dibiarkan …Biar kita mengejar masa.
Jangan masa mengejar kita.