Jumaat, 17 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

SESUNGGUHNYA ALLAH, PARA MALAIKAT, PENDUDUK LANGIT DAN BUMI SEHINGGA SEEKOR SEMUT DI DALAM LUBANG SARANGNYA SERTA IKAN (DI LAUTAN) AKAN BERSELAWATKE ATAS ORANG YANG MENGAJARKAN PERKARA KEBAIKAN KEPADA MANUSIA.
(Riwayat : Turmizi )


Tepat Jam 8.30 pagi : Mendengar ucapan dan amanat Hari Guru oleh Pengarah Pelajaran Johor melalui saluran Johor FM 101.9.

Bacaan dipimpin oleh adik Mohd Hafiz dari tahun 5 :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya! Allah, ya Tuhan kami, segala puji dan syukur hanya untukMu di atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami sempena sambutan Hari Guru kali ini.

Ya! Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun,
Dengan penuh rasa rendah diri kami menadah tangan bermohon keampunan dan rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang lemah. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari. Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,
Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang.

Ya Allah, Ya Karim,
Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar,
Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.

Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik kami . Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 Ucapan daripada Guru Besar
 Hj.Mohd Noh bin Sahan
 Ucapan perasmian YDP PIBG
En. Mohd Yunos bin Hj. Malek
Ucapan wakil pelajar
Nur Henny Hezati
 Bacaan ikrar guru...
Dipimpin oleh
En.Che Zailiruddin b. Che Zakaria

 Menurunkan Tandatangan

 Persembahan  Gabungan Guru & Murid 
 Penyampaian Cederahati & Hadiah

Guru-Guru SKSD 2013
"GURU MALAYSI 1 ASPIRASI 1 AGENDA"

TERIMA KASIH CIKGU !
JIKA ANDA BOLEH MEMBACA INI,
MAKA BERTERIMA KASIHLAH
KEPADA GURU.

Sabtu, 4 Mei 2013

BACAAN YAASIN MINGGU KE 18

Bacaan Yaasin dipimpin oleh Mohd Fadhli ( Tahun 6)
Bacaan Doa dipimpin oleh Raja Mohd Syafiq(Tahun 5)






 Bacaan Selawat dipimpin oleh Mohd Mohd Hafiz (Tahun 5)

 Selamat menyambut hari lahir
 Menyampaikan cenderahati bagi meraikan sambutan hari lahir
 Mereka yang dillahirkan pada bulan April

Ya AllaYa Allah Ya Tuhan kami...Bukakanlah kepada mereka pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu ilmu,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan kami jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya.tAuAmin kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga