Isnin, 29 April 2013

KEM BESTARI SOLAT 2

 Program Kem Bestari Solat kali ke 2 telahpun dilaksnakan pada hari Sabtu, 27 April 2013. Dalam program kali ini, seramai lima orang kaum ibu dari kumpulan Yaasin kampung Sungai Danga turut membantu untuk menjayakan aktriviti yangdilaksanakan.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah turut serta untuk mempastikan anak-anak dapat mempelajari ilmu berkenaan solat.

 Ustazah Nor Sahrina mengingatkan kembali tentang amalan wuduk yang telah dipelajari semasa kem pertama.
Sebelum ke tempat wuduk....
 Latih tubi mengingati kembali cara berwuduk
 Bila semua dah ingat .....
 Bermulalah proses penilaian....
 Murid-murid tahap 1 dinilai mengikut kumpulan yang diagihkan.


Menilai cara-cara anak-anak berwuduk
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)


Dah siap wuduk.....hafal pula bacaan dalam solat.
 Rehat & makan dulu....di sini sahaja.Di kantin, program motivasi bagi murid tahun 6 turut berjalan dengan lancarnya. 
 Melatih cara melakukan solat
 Menilai solat dan bacaannya....

 Jarak kadar sejengkal dalam mazhab Syafei
Meletakkan tangan di bawah dada
Meletakkan tangan di atas lutut ketika rukuk
Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi;
1. Dahi
         2. Dua tangan
      3. Dua lutut
       4. Dua kaki
  
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.(H.R.Abu Daud)
Huraian Hadith: 
  1. Ibu bapa dipertanggungjawabkab mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang.
  2. Islam mengajar cara pengajaran yang baik dikalangan anak-anak.
  3. Menyuruh anak-anak melakukan sembahyang merupakan kewajipan bagi setiap ibu bapa dan penjaga.
  4. Ketika mumaiyiz anak-anak hendaklah diasingkan tempat tidur mereka.
  5. Peringkat umur tujuh tahun adalah sesuai untuk disuruh mengerjakan suruhan Allah.
  6. Islam mendedahkan satu teori pendidikan anak-anak dengan menitikberatkan amalan-amalan agama.

KIRA-KIRA TENTANG SOLAT

Sehari semalam = 5 waktu
Setahun = 365 hari
365 x 5 = 1825 waktu
Menurut hadis di atas, anak disuruh solat sewaktu umur 7 tahun dan rotan apabila engkar solat ketika usia 10 tahun. Ini bererti sebelum solat mereka diberi peluang untuk berlatih solat selama 3 tahun.
1825 waktu x 3 tahun = 5475 waktu.
akhir kalam, meluntur buluh biarlah dari rebunnya.Insya Allah akan bertemu lagi dalam Kem Bestari Solat yang ke 3 nanti.






Jumaat, 19 April 2013

BACAAN YAASIN MINGGU KE 16

                          Bacaan Yaasin pada Jumaat 19/4/2013 telah dipimpin oleh
                          Mohd Shahrulnizam manakala doa dibacakan oleh Raja
                          Muhammad Syafiq.


                                           Bacaan Selawat dipimpin oleh Ammar Zaki



Pn. Hajah Nor Hayati pula mengingatkan kepada semua murid supaya menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran sekolah.


Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat  Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud : 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.  (Riwayat at- Tabarani)

Jumaat, 12 April 2013

BACAAN YAASIN MINGGU KE 15

Bacaan Yaasin pada Hari Jumaat 12 April 2013 dipimpin Mohd Fadli manakala Bacaan Doa dipimpin oleh Muhammad Shahrulnizam dari tahun 6.




                                                  Bacaan Selawat Beramai-ramai

                                   
 Pn. Hj. Nor Hayati sekali lagi menekankan tentang amalan 3S iaitu Salam, Senyum dan Sapa. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa memberi salam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui di sekolah disertai  dengan memaniskan muka dengan senyuman dan ringan mulut untuk bertanyakan khabar atau apa-apa apa-apa ucapan sapaan.

Amalan ini bukan sahaja untuk diamalkan di sekolah tetapi ianya juga hendaklah diamalkan di mana-mana sahaja mereka berada.

Khamis, 11 April 2013

KELAS LITERASI AL-QURAN

         Program : Kelas Literasi Al-Quran
         Tarikh     : Mac sehingga November 2013.
         Hari        : Setiap Selasa (yang tiada koko) dan Rabu.
         Masa      : 1.00 – 1.30 petang.
Pelaksanaan Kelas Literasi al-Quran adalah salah satu usaha kearah meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan al-Quran. Ia perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah keciciran penguasaan al-Quran.




KAEDAH PELAKSANAAN :
          - Semua murid menggunakan kaedah Iqra’.
          - Setiap murid membaca mengikut talaqqi dan musyafahah.
          - Setiap guru hanya akan membimbing tiga orang murid sahaja.
           -Sekiranya murid telah berjaya menguasai buku iqra’ 6,murid tercicir  yang lain
            pula akan mengikuti kelas ini.



Kumpulan ustazah Nur Shahrina

                                                      Kumpulan Ustaz Suhadi

                              Antara murid yang mengikuti kelas Literasi al-Quran ambilan pertama.


 Kelas ini diadakan bertujuan :
                - Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-Quran melalui P&P.
                - Membantumurid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran Model Khatam 
                  al-Quran program j-QAF.
                - Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-
                  Quran.
                - Memastikan semua murid program j-QAF dapat khatam al-Quran sebelum ta-
                  mat sekolah rendah.





Adalah menjadi harapan pihak panitia pendidikan Islam melalui program Kelas Literasi al-Quran ini akan dapat membantu mengatasi murid-murid  keciciran al-Quran. Program ini juga sebagai langkah pengukuhan untuk memastikan semua murid program j-QAF khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah