Jumaat, 19 April 2013

BACAAN YAASIN MINGGU KE 16

                          Bacaan Yaasin pada Jumaat 19/4/2013 telah dipimpin oleh
                          Mohd Shahrulnizam manakala doa dibacakan oleh Raja
                          Muhammad Syafiq.


                                           Bacaan Selawat dipimpin oleh Ammar Zaki



Pn. Hajah Nor Hayati pula mengingatkan kepada semua murid supaya menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran sekolah.


Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat  Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud : 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.  (Riwayat at- Tabarani)

Tiada ulasan: