Sabtu, 31 Mei 2014

ISRAK & MIKRAJ

Program         : Ceramah Israk Dan Mikraj
Tarikh             : 26 Mei 2014
Hari                 : Isnin.

Masa              : 8.30 pagi – 10.10 pagi


Majlis dimulakan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh adik Mohd Hafiz dari tahun 6.
Barangsiapa yang menadahkan  tangannya dan berdoa, Allah tidak akan membiarkan tangannya itu kembali kosong



Bacaan ayat-ayat  suci Al-Quran dari surah Al-Israk dibacakan oleh adik Ain Syahirah dan terjemahannya oleh adik  Mohd syameer.Kedua-duanya dari Tahun 4.
 “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”
.(Surah Al-Isra’, ayat:1)





Ucapan Perasmian Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj oleh Guru Besar SKSD (Hj. Mohd Noh bin Hj. Sahan)


Disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Ismail ( GPK HEM SK. SRI AMAR)




 Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin.

Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit.
Rasulullah pergi ditemani oleh malaikat Jibril dengan menggunakan kenderaan yang dipanggil Buraq



Di langit pertama Rasulullah bertemu dengan  nabi Adam a.s.
Di langit kedua Rasulullah bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Di langit ketiga Rasulullah bertemu dengan nabi Yahya a.s.
Di langit keempat Rasulullah bertemu dengan nabi Idris a.s.

Di langit kelima Rasulullah bertemu dengan nabi Harun a.s

langit keenam Rasulullah bertemu dengan nabi Musa a.s.
Di langit ketujuh Rasulullah bertemu dengan nabiIbrahim a.s.


Majlis diakhir dengan persembahan Kalam Jamaei oleh murid-murid tahun 4


Allah mahukan baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk


Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia


Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh




Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya




Terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. 


Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.



Tiada ulasan: