Selasa, 9 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK



Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.


GANJARAN BERIBADAT DALAM BULAN RAMADAN
ü     # Awal Ramadan (10 hari pertama) memperolehi rahmat dari Allah.
ü    # Pertengahan Ramadan (11 – 20) memperolehi keampunan dari Allah.
ü    #  Akhir Ramadan ( 21 – 30 ) memperolehi  pelepasan dari azab api neraka.
ü    # Ibadat fardu diganjari 70 kali ganda, ibadat sunat dikurniakan seperti ibadat fardu.
ü    # Orang yang berpuasa akan diberikan balasan syurga melalui pintu ar-Rayyan.
ü    # Orang  yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan semasa bertemu dengan Allah di akhirat. 


PENGERTIAN PUASA
puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat pada malamnya.

Dalil Wajib puasa

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
                                                                                                ( al-Baqarah : 183 )

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

NIAT PUASA RAMADAN
“Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini Allah Taala.

RUKUN PUASA
·         Niat mengerjakan puasa
·         Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa darripada naik fajar sidik hingga jatuh matahari.

SYARAT WAJIB PUASA
·         Islam
·         Berakal
·         Suci daripada haidh dan nifas
·         Tidak bermusafir
·         Mampu berpuasa.

SYARAT SAH PUASA
·         Islam
·         Suci daripada haidh dan nifas.
·         Berakal

PERKARA SUNAT DALAM PUASA
·         Melewat-lewatkan waktu sahur sebelum habis waktu imsyak.
·         Tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah.
·         Menyegerakan berbuka puasa ( bila masuk waktu ).
·         Berbuka dengan buah kurma.
·         Mengerjakan solat Terawih.

PERKARA YANG MMEMBATALKAN PUASA
·         Muntah dengan sengaja.
·         Bersalin.
·         Hilang akal/ mabuk/pengsan.
·         Murtad.
·         Keluar Haidh atau nifas.
·         Keluar mani dengan sengaja.
·         Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
·         Makan atau minum dengan sengaja,
·         Bersetubuh pada siang hari.
·         Berbuka sebelum waktunya.
GOLONGAN YANG DIHARUSKAN BERBUKA
·         Sakit yang memudaratkan.
·         Sakit yang tiada harapan sembuh.
·         Orang tua yang uzur.
·         Perempuan yang mengandung..
·         Musafir.
·         Perempuan yang menyusukan anak.

GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA
·         Musafir
·         Sakit yang memudaratkan.
·         Perempuan haidh, nifas dan bersalin.
·         Perempuan mengandung atau menyusukan anak bimbang akan kesihatan dirinya.

GOLONGAN WAJIB QADA & FIDYAH
·         Perempuan mengandung, bimbang kesihatan diri dan anaknya.
·         Perempuan menyusukan anak bimbang kesihatan diri dan anaknya.
·         Lewat qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.

GOLONGAN WAJIB FIDYAH
·         Sakit tiada harapan sembuh.
·         Bekerja berat.
·         Orang tua yang uzur.

GOLONGAN WAJIB QADA & KIFARAH
·         Lelaki yang bersetubuh pada siang hari Ramadan.


###############################################
Puasa itu umpama brek pada kenderaan diri kita.Tidak ada gunanya kereta yang cantik dan besar jika breknya tidak berfungsi.

Begitulah diri yang cantik, cerdik dan gagah, tidak ada gunanya jika tidak mampu mengawal nafsu!

Dengan brek kita boleh mengawal dan memberhentikan kenderaan...

Dengan puasa kita boleh mengawal dan mengurus nafsu... punca kejahatan dalam diri.

Wahai diri...berpuasalah kerana Allah!

Tiada ulasan: