Selasa, 26 Februari 2013

MENERIMA SUMBANGAN AL-QURAN & SURAH YAASIN

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Hadis Riwayat Muslim )


Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada individ-individu yang telah sudi mendermakan sebanyak sepuluh buah naskah al-Quran dan tujuh puluh buah surah Yaasin.

 “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap butir seratus tangkai. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah 2: 261)

Semoga segala amalan baik, sedekah jariah dan wakaf yang dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT bakal menyenaraikan kita dalam golongan yang tidak terhenti pendapatan pahalanya, iaitu mereka yang melaksanakan sedekah jariah, mengajar ilmu yang berguna, dan menerima doa daripada anak yang soleh.

Tiada ulasan: