Isnin, 18 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Maulidurrasul yang bertemakan "Wasyatiyah Tonggak Perpaduan Ummah" telahpun dilaksanakan pada :
 1. Tarikh  : 8 Februari 2013.
 2. Hari     : Jumaat.
4. Masa    : 9.00 pagi – 10.20 pagi.
5. Tempat : Dewan Sri Danga

Sambutan pada kali ini hanya secara kecil-kecilan .Aktivitinya hanya mendengar ceramah yang diselitkan dengan kuiz spontan dan berselawat beramai-ramai.Namun majlis ini dikira berjaya kerana mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari semua murid .

Penceramah juga pandai menarik minat murid untuk terus mendengar dan melihat paparan power point yang ditunjukkan.Kuiz spontan yang diajukan menyebabkan murid terus tekun mendengar untuk menjawab soalan bagi mendapatkan hadiah yang disediakan.

Tahniah kepada 30 orang murid yang berjaya menerima hadiah  kerana menjawab soalan kuiz spontan dengan betul dan tepat.  

Penceramah :
Ustaz Ismail bin Mat Ali
Ketua Operasi akademi Mutawwif Sdn.Bhd.







Pengacara Majlis......
En. Mohd Iswandy bin Sahlan

Bacaan Doa Oleh ....



Turut  Hadir .....
En. Mohd Yunus bin Hj. Malek
YDP PIBG SKSD

Selawat Beramai-ramai



NAK JAWAB SOALAN KUIZ SPONTAN

Betul...Dapat hadiahnya.

MENJAMU SELERA
NASI BERYANI...











Tiada ulasan: